Thursday, 15 November 2012
Pantun Matematik
Tajuk : Purata
Hati-hati menyeberang titi,
Bawa bersama sarang tempua,
Jumlah dibahagi bilangan kuantiti,
Purata adil untuk semua.
Seronok mandi di perigi tujuh,
Bekal dibawa bersama ketupat,
Jika dua, tiga dan tujuh,
Puratanya pula ialah empat.
Sihatkan diri, pergi bersenam,
Berlari anak sepanjang jalan,
Purata bagi dua belas dan enam,
Tak lain tak bukan tentulah sembilan.
Rasa berdebar tidak terkata,
UPSR tiba,gundahnya hati,
Jangan kau lupa formula purata,
Jumlah dibahagi bilangan kuantiti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
pantun...pantun juga tapi kene ingat formula yang ada dlm pantun ni.kalau idak x dapat le cr puratanye..betul tak cikgu rihan?
ReplyDeleteTahniah! pandai berpantun.Murid mudah faham.teruskan usaha cikgu.
ReplyDelete